its all about my life and essential oil Young Living journey to my kids and my family
Wednesday, January 29, 2014
MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK
Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.
Anak kita adalah cermin diri kita……..
Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.
Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.
Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.
Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.
Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.
1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.
Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.
Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.
Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.
5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.
Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.
Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.
Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.
Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.
Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.
mari kita renung2kan...
dari Ibu Rose
sebulan di tadika
hari ni dah 30hb Januari so lebih kurang sebulan Zara ke tadika. nampak semakin seronok dan semangat nak belajar. sampai balik rumah pon masih nak membelek buku.
pagi2 tiada lagi masalah nak kejut, dan nak mandi. sesekali tu biasa la sebab mood budak2 ni tak menentu so mama kene banyak sabar n kene banyak pujuk. sesekali nak mandi ngn abah, sesekali nk mandi ngn mama... sesekali susahnya nak pakai baju... mmg banyak karenah tp setakat hari ni Alhamdullilah dipermudahkan tkder la sesukar mana untuk handle. bila cakap elok2 senang je dia ikut.
masa mula- mula pergi tadika...
kadang2 kita teringin jugak tahu apa aktiviti dia di tadika. memandangkan penyelia dia aktive jugak dengan facebook n rajin mengupload2 gambar aktiviti di tadika so as parent dapat jugak tahu ape aktiviti anak2 kat tadika.
pada mula-mula biasa la keadaan di tadika agak ramai. untuk tido beramai2 pon zaraa tak berapa suka... so bila masa tido cikgu kene pujuk dia tido... tido dalam bilik teacher zee dengan beberapa org kawan2... tkder la crowded sgt...
baca buku ngn kawan2
sama bile time mandi teacher cakap zaraa last yg akan mandi.... dia xsuka berebut2 n mandi ramai2... alhamdullilah teacher kat sana tkder paksa2 zaraa so zara happy...
dia suka time baca buku ramai2... n bila ustazah ajar bahasa arab didepan. takperla take ur time nak... mama nak zara enjoy belajar... tkder paksaan pon.. mama tahu zaraa mmg bersemangat... semoga semangat mu nak terus hingga ke dewasa.
ceria dan keletihan... sampai tertido balik dari tadika..
aktiviti sambutan hari maulidur rasul baru2 ni...zara ngn kawan2 berarak dengan ustazah sambil berselawat..
musim anak2 demam
baru- baru ni zara ngn syaurah demam2... dah masuk hari ke5 pon masih demam so decide ngn abah untuk bawak diorang p check darah kat emegency HUKM kebetulan pulak cuti hari Thaipusam.
dah nk kul 11 bawak diorang register n misi panggil nama untuk ambil darah.
memang la budak takut kat jarum , espect budak rilex ja tgk jarum budak OKU boleh la.... quite geram jugak ngn misi yg x expert nk ambil darah budak 2 tahun ke ats yg da pandai reti takut pada jarum dan ubat- ubat....
mula2 memang mengelepar la... mula2 cucuk belah kanan... cucuk2 sampai 2x tak kuar jugak darah.. kesian zara.. budak tu ckp tangan zara tembam tk jumpa urat.... tak sampai hati dengar anak ckp sakit..sakitt... abah nyer pulak takde p register kt emegency... kita ngn adiknya lagi... lepas abah dia datang baru buleh handle... adiknye senang jer sebab kecik lagi kt peluk n pegang dia tk bg tengok jarum tu jap jer ambik... nangis pon kejap jer...kali ke 3 ambik br kuar darah tu pon bg belah kiri.. nangis tp tkde la meraung sbb mama da peluk tenangkan dia.. kesian anak2 mama...

lekat tanda biru pada tangan. tu la tangan montel sgt...
lepas ambik darah, n demam dengan suhu 38.5 darjah celcius.
tunggu punye tunggu giliran tak panggil2 jugak sehingga la pukul 1, mama pergi masuk dalam blik check up tanye no giliran. rupanye dah byk kali panggil tp kami salah tempat menunggu so tk dengar no giliran tu dipanggil. haduihh kalau tk blh balik awal lagi...
so berdebar jugak ms doktor nk bagitau result darah tu... utk result darah syaurah doc ckp kalau tgk result darah dia ok. doc ckp dia xperlukan antibiotik thts mean demam sebab virus la... tp result darah kakak tk kuar. dah la susah nak ambik darahnya tp result darahnya tkder pulak. agak terkilan tp mmg dah tak larat menunggu , lagipon menurut diagnose doktor tkder pon tanda2 denggi so sgt2 lega. doc just bagi ubat demam untuk syaurah dan ubat demam, batuk dan selsema utk zara. dah boleh balik.... siap mtk nak makan kfc lg... ok la ape2 saje utk sayang mama.. asal kan nak makan..
demam dah lega n perut mula lapar
10 tips Kebahagiaan Anak - Prof Dr Muhaya
Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Thursday, January 2, 2014
Zara masuk tadika 2014
Tahun 2014 zara dah 5 tahun... so dah tiba msnya mama hantar zara ke tadika....
Hari tu apply tadika nasyrah dekat parcel C , putrajaya. Tp xde rezeki.. tak dpt msk tdika government tu... ingat nk bwk zara tadika kat sini sbb nnti nk pindah stay putrajaya.
Survey punyer survey .. mostly private mmg 1k keatas yuran mula2 daftar tadika... mahu pengsan jugak sbb jauh giler ngn beza yuran daftar KEMAS @ PERPADUAN yg hanye beberapa ratus
So tanye 1 tempat yuran bulanan dlm rm350 sekali transit... standard lps kul 6 caj rm5 sejam...
Yuran daftar dlm rm1012 ... yg tu kot plg murah try call tempat lain mostly rm1200 keatas...
Yuran daftar dlm rm1012 ... yg tu kot plg murah try call tempat lain mostly rm1200 keatas...
Pagi2 sebelum mama masuk keje mama drop la zara dulu kat TTZF... Zaraa kene bgn pagi2 mandi n siap2 p sekolah awal gak kne siap sbb sementara kene berulang dulu dr cheras ke putrajaya. .
Syaurah pon mama terpaksa cari pengasuh lain sementara kat rumah... sbb kt taska bunga padi syaurah dah masuk kelas toddler kene pakai uniform. .. nk kene siap2 awal nk kene mandi la... sian pulak ank mama.. pg2 subuh da kne mandi... pastu nk travel 35km jauh tu.. tkt ank mama bosan pulak...
Subscribe to:
Posts (Atom)