Click to join member

Friday, December 14, 2018

Next birth plan

Since yg 3rd bersalin caeser dan ada komplikasi bleeding so yg ni awal2 lg dh dpt stiker hijau so tak blh bersalin dkt pusat bersalin risiko rendah.  so sblm bersalin kene refer doc blh tak bersalin normal or kene caeser jgk.
.
Walau ada trauma tu tp akan ku cuba tak memikirkannya sgt. Just imagine it will be smooth
.
Masa bleeding dlm ot tu maybe husben tgh berdoa utk mama kt luar so mama dpt diselamatkan  kalau tak . Tak tau la apa jadi. Kes2 bleeding ni kalu teruk sgt sampai blh kehilangan rahim.😪 terpaksa buang menghentikan drh tu.
.
Dalam 3 beg juga drh ditransfuse dlm bdn mama. Utk top up drh yg hlg. Nsb baik xde alergic ape2 lps tu. Sape sangka kann..
.
So birth plan kali ni semoga dpt yg terbaik dan selamat semua . Nk plan pon tak reti sbb kt penah ada history so kira high risk jugak. So ikut plan doc je la mcmane.. Semoga dipermudahkan. Walau perjalanan msh jauh.
.

10w+

Tuesday, December 11, 2018

Thanks ibu for everything


sedih plakk nak berpisah ngn ibu yg jaga Amni daripada baby lagi sampai lah 3 thn lbh ni... ibu dah nk pindah Sarawak dah.. alhamdullilah ibu jaga amni dgn baik sekali.. so Amni kene la duduk taska Sinaran kt rumah start Disember ni.. 



Tuesday, September 18, 2018

Happy Birthday Syaurah Anak Malaysia

Pada 16 Sept 2012 Anak mama bernama Nur Syaurah Adni dilahirkan

Patriotic sungguhhh..  Postdate..  Pastu nk kuar Hari Malaysia.. Hehe..

So genaplah 6 Tahun anak mama. Tahun depan dh darjah 1. Lega jugak cek2 website Sistem pengurusan sekolah Dan tau result sekolah darjah 1 Nnti.  Dapat sekolah sekali dengan kakak yeah!! 

Birthday kali ni mama blanja kek sepotong sorang Jew sbb dh bwk p birthdaycation kat pulau Langkawi. 

Nanti mama share travelog Ms kt Langkawi next.  OK chow dulu.

Monday, September 17, 2018

Jauhi 5 Makanan Ringan Penyebab Kanser Ini Dari Anak Anda Sekarang!

Baru-baru ini, Center for Science in the Public Interest (CSPI) yang berpusat di Amerika Syarikat menyenaraikan beberapa makanan tidak berkhasiat yang boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan anak-anak.
Laporan yang diterbitkan ini mengatakan terdapat penggunaan pewarna dalam beberapa jenis makanan popular yang sering dihidangkan pada anak-anak.
Antara yang dipetik daripada pihak berkenaan adalah
  • Makanan tidak berkhasiat yang dicelup sintetik termasuk McDonald’s Strawberry Sundae yang mempunyai warna pemerah (Red 40).
  • Coklat brand Mars’ M&Ms mengandungi Blue 1, Blue 2, Red 40 , yellow 5 and 6.
  • Manakala Fruity Pebbles mengandungi 13.9 mg pewarna iaitu blue 2, red 40, yellow 5 dan yellow 6.
Ya, makanan-makanan ini juga dijual di Malaysia dan adakah kita mempunyai ‘nasib’ yang sama seperti Amerika Syarikat. Pengeluar makanan di sana menggunakan pewarna secara berlebihan dalam makanan anak.
Pihak berkenaan juga menyebut, selama 40 tahun yang lalu, banyak kajian yang telah dilakukan dan didapati bahan pewarna yang digunakan itu menyebabkan kerosakan tingkah laku pada sebilangan kanak-kanak.
Ia boleh dikaitkan dengan kelakuan buruk yang berkaitan dengan anak hiperaktif, ADHD dan masalah tingkah laku yang lain.
Kajian juga menunjukkan petroleum yang telah ditapis digunakan dalam banyak makanan kanak-kanak. Sebagai contoh, pewarna makanan yang biasa digunakan seperti Yellow 5 dan Red 40.
Ia sekaligus menimbulkan masalah kesihatan yang serius di kalangan kanak-kanak, seperti
Makan tidak berkhasiat ini juga sangat bahaya kepada kesihatan mereka. Berikut lima makanan tidak berkhasiat namun popular yang menjadi kegemaran kanak-kanak.

5 makanan tidak berkhasiat yang boleh menyebabkan kanser

1 – M&Ms




Benarlah orang kata, anak-anak ini sebaiknya dicegah dari diberikan makanan yang mengandungi pengawet, pewarna dan tinggi gula. Sebab ia tak bagus untuk tumbesaran dan kesihatan mereka.
Coklat yang berbentuk bulat ini memang banyak dijual di pasaraya kita, dan sejujurnya ia memang sedap.
Tapi tahu tak, coklat ini menggunakan pewarna Red 40, yellow 5 dan blue 2 yang boleh menyebabkan tumor otak jika diambil secara berlebihan?
Namun sehingga kini, pihak pengilang M&MS mengumumkan mereka akan menghapuskan penggunaan warna tiruan dalam proses makanan mereka sepanjang tempoh lima tahun.

2  – McDonald’s Strawberry Sundae



Ya tuhan, membayangkan topping aiskrim sundae McD memang terliur dibuatnya. Tapi, ia adalah salah satu makanan tidak berkhasiat yang seharusnya tak diamalkan oleh anak-anak.
Topping aiskrim strawberi ini mengandungi Red 40. Ia sekaligus boleh mencetuskan masalah hiperaktif pada kanak-kanak.
Namun, pihak yang bertanggungjawab akan menjalankan ujian ke atas makanan tersebut bagi menunjukkan bukti jelas tentang keselamatannya.

3 – Fruits Loops




Makanan tidak berkhasiat seterusnya adalah fruits loops. Bijirin sarapan popular ini mengandungi bahan pewarna Red 40, Yellow 6 dan Blue 1.
Kesan pada pewarna berkenaan boleh menyebabkan kanser dan hipersensitiviti yang teruk di kalangan kanak-kanak jika diambil secara berlebihan setiap hari.

4 – Minuman Fanta oren



Minuman Fanta Oren ini juga memang menarik minat anak untuk minum. Tetapi menurut pihak berkenaan, ia mengandungi Yellow 6 dan Red 40.
Malah, ia tak bagus jika diberikan pada anak-anak. Lebih baik, bagi air kosong saja pada mereka supaya tubuh terhidrasi dengan baik. Paling tidak air kelapa kan lagi sedap dan enak!

5 – Skittles original






kittles original ini juga mengandungi pewarna yang berbahaya pada kesihatan anak seperti mana yang dijelaskan di atas.
Jadi, lebih baik sekiranya anda mengurangkan makanan ini diberikan pada anak-anak.
*Nota: Senarai yang disebutkan ini adalah berdasarkan laporan CSPI di Amerika Syarikat.
*Perhatian: Lima makanan tidak berkhasiat yang disenaraikan ini bukan satu-satunya snek yang mengandungi pewarna makanan.
Tetapi, ada banyak lagi makanan lain yang menggunakan pewarna dalam pemprosesan makanan mereka.
Walaupun artikel ini tidak mendapat perincian yang lebih jelas daripada pakar perubatan, namun adalah sebaiknya anda tahu makanan yang disebutkan ini haruslah dikurangkan atau tidak ambil langsung dalam jangka masa tertentu.
Semoga bermanfaat.

 copy from the AsianParent Malaysia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Sunday, September 9, 2018

Ningxia Red Dan Amni

Amni ni kalau nampak ningxia red sachet ni mmg pantang betol..  Suke sangat Dia...
Tapi Mmg Elok sangat la boleh ganti Air Milo tu... 
Semalam ni pergi kelas e-marketing puan suraya Ali bawak Dia sekali.  Biasanye kalau ade kelas2 ngn leader.Mesti leader blanja ningxia sachet ni...  so hari ni magh blanja. Yeayyy. Hehe rezki amni Laaaa..
Ape tu ningxia red..?
Ningxia red mengandungi puree drpd buah ningxia wolfberry. Diambil jus, kulit,  biji dan buahnya utk memastikan setiap botol mengandungi khasiat yg optimal daripada buah yg luarbiasa ini.
..
Wolfbery  diambil dr daerah ningxia di selatan china dan mengandungi asid amino dan 13 peratus protein antara buah yg mengandungi protein tertinggi.
..
Nikmati ningxia red setiap hari utk memberikan tenaga,  menguatkan badan dan imun.. Dan menyokong kesihatan keseluruhan badan daripada kepala hingga ke kaki.
Supplement Facts:
Serving Size:: 1 fl ounce (29.5 ml) Servings per container:: About 25 Calories: 20 Total Carbohydrates: 5g Dietary Fiber: <1g Sugars: 2g Sodium: <5mg
Ningxia Red ni jugak blh dibuat Popsicle jugak tau atau blh diletak ditempat beku so hasilkan Akan jadi Mcm sorbet. Sedap Dimakan sejuk-sejuk.